Wednesday, December 31, 2008

Examo

EXAMO-CKM500 adalah sejenis makanan yang memberikan nutrient untuk saraf bagi memulihkan kesegaran otak. Ia dapat merawat masalah saraf dan mental, takut, cemas,runsing, memberi keyakinan dan membangkitkan semangat. Ia dapat menguatkan daya berfikir dan mencerdaskan akal serta membaiki daya tumpuan, menghapuskan letih lesu, serabut fikiran dan kelesuan otak.

Pemakanan minda untuk semua peringkat umur dari bayi hingga warga emas.


PERINGKAT UMUR


Bayi & kanak-kanak

Mengekalkan perkembangan minda dan sahsiah. Mengurangkan keresahan dan ragam tangis. Mempercepatkan berjalan dan bertutur. Mengayakan perbendaharan kata dengan cepat. Makan 3 kali sehari.


Pelajar

Menjadi kemestian kepada setiap pelajar. Membantu menghadapi pelajaran dan peperiksaan. Menambah kecerdasan dan daya ingatan.


Remaja lelaki & perempuan

Memberi ketenangan fikiran, membantu membuat keputusan, menghadapi pelajaran, sebarang ujian, temuduga. Menambah kecerdasan, daya ingatan & tumpuan.


Dewasa Lelaki

Istimewa bagi mereka yang berkerjaya, tugas berat dan mencabar. Menenangkan fikiran dan menambah daya berfikir, kreativiti & ilham. Nutrisi minda generasi berprestij dan bergaya lasak.


Dewasa Perempuan

Istimewa bagi wanita berkerjaya, tugas berat dan mencabar. Menenangkan fikiran dan menambah daya berfikir, kreativiti & ilham. Nutrisi minda generasi berprestij dan bergaya lasak.


Perempuan Hamil

Makanlah sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum tarikh bersalin. Makan 4 biji 3 kali setiap hari.


Usia Emas Lelaki

Meneguhkan ingatan, mencegah penyakit Alzheimer (nyanyuk), menenangkan fikiran dan perasaan. Melambatkan proses kemusnahan sel otak dan saraf. Makan 3 kali sehari.


Usia Emas Perempuan

Meneguhkan ingatan, mencegah penyakit Alzheimer (nyanyuk), menenangkan fikiran dan perasaan. Melambatkan proses kemusnahan sel otak dan saraf. Makan 3 kali sehari.


Harga Examo : RM56.00

Isi: 450 Biji


Kandungan dalam Biomil

biomil

RM38.90 RM13.50


Garamtisu Biokimia Schuessler

Garamtisu Biokimia Schuessler telah diperkenalkan pada tahun 1873 oleh Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, seorang berbangsa German. Penemuan garamtisu ini terbukti berkesan dan selamat samada berbentuk pemakanan kesihatan mahupun perubatan.

Kajian-kajian yang dijalankan oleh Dr. Wilhelm Helmut Schuessler mendapati bahawa kelicinan fungsi tubuh bergantung kepada adanya zat-zat kimia dalam juzuk-juzuk yang seimbang. Analisis yang dijalankan ke atas darah dan tisu-tisu lain di dalam tubuh menunjukkan adanya 12 garam mineral utama yang terdapat di dalam tubuh. Apabila kandungan zat-zat tersebut tidak seimbang ataupun berkurangan, maka fungsi tubuh menjadi terganggu.

Akibatnya timbullah simtom-simtom. Berpandukan kepada simtom-simtom yang dizahirkan, seseorang pengamal boleh mengetahui garam mana yang berkurangan atau berada dalam keadaan tidak seimbang. Oleh hal yang demikian, cara untuk mengembalikan fungsi tubuh agar kembali menjadi normal, adalah dengan mengembalikan zat-zat kimia atau garamtisu yang diperlukan oleh tubuh. Setelah ini dilakukan, maka pulihlah tubuh seperti sediakala menjadi sihat dan hilanglah simtom-simtom penyakit tersebut.

Sumbangan Biomil Kepada Kecemerlangan Minda Si Manja

a) Mencerdaskan Akal

Dengan kebaikan fosfat – fosfat Kalium, Kalsium dan Magnesium, Biomil membantu menyuburkan dendron dan dendrit. Dendron berfungsi mengumpul maklumat dalam otak menerusi sentuhan sinaps. Semakin subur pertumbuhan dendron dan dendrit maka lebih banyak maklumat dapat disimpan oleh otak. Sentuhan antara sinaps (sinaps aksosomatik dan aksodendritik) membentuk laluan neural (neural pathway) untuk membawa maklumat yang dikehendaki. Satu neuron mungkin mempunyai 1,000 hingga 10,000 sinaps. Menurut Prof. Pyotr Kuzmich Anokhin, pakar bedah saraf bangsa Rusia mendapati neuron otak orang cerdik berkeadaan lebih subur jika dibandingkan dengan orang kurang bijak.

b) Menguatkan Ingatan

Lemah daya ingatan ataupun lemah daya untuk mengingat membawa kapada masalah lupa. Kelemahan tenaga dan daya boleh dikuatkan. Antara fungsi makanan adalah untuk menguatkan. Kajian yang telah dilakukan oleh Dr. Schuessler menunjukkan enam jenis garamtisu biokimia yang diperlukan oleh otak sebagai makanan. Tetapi berdasarkan analisis dan keperluan, tiga garamtisu biokimia sudah memadai iaitu Kalsium fosfat, Kalium fosfat dan Magnesium fosfat. Kombinasi fosfat-fosfat Kalium, Kalsium dan Magnesium merupakan kandungan penting di dalam Biomil.

c) Menambah Tenaga Mental

Tenaga mental adalah dalam bentuk tenaga elektrik. Jika berlaku kekurangan tenaga elektrik, ia boleh dijanakan kembali daripada tindakbalas kimia, sama seperti “rechargeable battery”. Tenaga kimia yang terhasil dan tindakbalas ini boleh diubah menjadi tenaga elektrik. Proses yang berlaku dalam otak yang melibatkan fenomena ini dikenali sebagai proses elektrokimia. Dr. David Samuels dari Institut Weismann, menganggarkan pada setiap saat otak melakukan antara 100,000 hingga 1,000,000 proses elektrokimia. Proses ini tidak mungkin berlaku tanpa bahan kimia tertentu seperti Kalsium, Kalium, Magnesium dan Fosforus.

Kebaikan garamtisu Schuessler di dalam Biomil

  1. Kecergasan dan kecerdasan
  2. Mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam.
  3. Menyihatkan rambut dan kulit, menguatkan tulang dan gigi.
  4. Membuang bahan toksik dalam badan.
  5. Membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan.
  6. Mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan.
  7. Kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.

Kalsium

  1. Secawan susu mengandungi 26% RDA kalsium.
  2. Membantu pembentukan dan mengekalkan tulang & gigi.
  3. Diperlukan untuk kesihatan otot-otot dan saraf.
  4. Mencegah berlakunya kekejangan, masalah kulit, dipresi, masalah kognitif & delusi dan melaraskan rentak jantung.
  5. Dua gelas susu sehari yang mengandungi 700mg – 800mg kalsium, mencukupi untuk mencegah tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh kekurangan kalsium.
  6. National Health & Nutrition Examination Survey mendapati kekurangan kalsium dan tahap sodium yang rendah dalam tubuh ada kaitan dengan tekanan darah.
  7. Triptofan asid amino yang terkandung di dalam susu membantu masalah insomnia, kerana ia memasuki neurotransmitter seratinin yang mengawal rasa tidur seseorang.

Vitamin D

  1. Menguatkan tulang dan gigi
  2. Mencegah dari berlakunya penyakit riket (kegagalan pembentukan tulang)

Vitamin B12

  1. Dianggarkan secawan susu mengandungi 45% vitamin ini.

Fosforus

  1. Perlu untuk kesihatan tulang dan gigi.
  2. 80% dari fosforus tubuh terdapat di dalam tulang dan gigi.

“Minumlah susu, kerana ia menghapuskan rasa panas di dalam hati sepertimana jejari menyapu peluh di dahi. Susu boleh menguatkan belakang, meningkatkan minda, mencerdaskan akal, mengelokkan penglihatan dan menjauhkan kelupaan”

Siapa Biotral Sdn Bhd

Biotral Sdn Bhd adalah sebuah syarikat milik 100% bumiputera yang diperbadankan pada 6hb Jun, 2005. Penubuhan syarikat ini adalah selaras dengan hasrat Kerajaan Malaysia untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub Makanan Halal. Biotral Sdn Bhd pada dasarnya terlibat secara langsung dengan aktiviti formulasi susu tepung dan memasarkan produk susu tepung halal ke pasaran tempatan dan antarabangsa. Kami membekalkan produk kepada pemborong dan pengedar.

Biotral Sdn Bhd berhasrat untuk menjadi peneraju kepada produk susu tepung untuk membesar kepada kanak-kanak dan seisi keluarga. Misi kami adalah untuk membekal produk yang berkualiti tinggi serta menyediakan khidmat langganan yang terbaik. Biotral Sdn Bhd juga menjanjikan pengeluaran produk dengan ramuan yang berkualiti tinggi. Proses pengeluarannya dilakukan melalui amalan kebersihan yang tinggi. Produk ini memdapat pegiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia serta memenuhi tahap kelayakan HACCP dan ISO 9001:2000.


Susu Biomil - Keratan Akhbar Utusan

Susu formula ciptaan tempatan




AMALAN minum susu di kalangan rakyat Malaysia masih berada di tahap rendah, ertinya tidak semua isi rumah mengamalkan pengambilan susu, terutama apabila anak-anak mencecah usia 10 tahun ke atas. Kebanyakan ibu bapa juga memandang kepentingan susu sebagai satu perkara mudah, bertambahnya umur anak menjadikan ibu bapa lega kerana tidak perlu memperuntukkan sejumlah wang yang banyak untuk membeli susu mereka lagi.

Jikalau kita semua sedar betapa banyaknya manfaat dan khasiat pengambilan susu untuk tubuh dan minda, pasti kita semua tidak akan berkira lagi untuk menyediakan sekurang-kurangnya satu tin susu di rumah.

Rasullullah SAW pernah bersabda, “Minumlah susu, kerana ia menghapuskan rasa panas dalam hati seperti mana jejari menghapus peluh di dahi. Susu boleh menguatkan belakang, meningkatkan minda, mencerdaskan akal, mengelokkan penglihatan dan menjauhkan lupa”.

Masyarakat Arab menjadikan amalan meminum susu segar dari bayi hingga dewasa kerana mereka tahu khasiatnya yang begitu tinggi.

Dengan slogan ‘susu untuk generasi akan datang’, memberi inspirasi kepada seorang usahawan, Ishak Husin untuk menghasilkan susu formula pertama keluaran tempatan.

“Setelah 50 tahun negara kita merdeka, tidakkah kita terfikir inilah masanya untuk kita menghasilkan susu buatan Malaysia,” jelasnya ketika ditemui di pejabatnya yang terletak di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh, baru-baru ini.

Mementingkan elemen kesihatan menyeluruh, termasuk perkembangan fizikal, mental dan sahsiah, Ishak mengadunkan kecanggihan teknologi Perancis dalam penghasilan susu Biomil keluaran syarikatnya.

“Bila sebut tentang susu, kita sedia maklum ia memberi banyak khasiat terutama dari aspek tumbesaran tubuh dan minda, tapi pernahkah kita terfikir untuk mendapatkan susu yang turut memberi manfaat dari segi sahsiah diri anak-anak, sebab itulah saya mencampurkan ramuan seperti Habbatus Sauda dan Schuessler Biochemical Tissue Salts (garam tisu Biokimia Schuessler)

Ia telah diperkenalkan pada tahun 1873 oleh Dr. Wilhelm Helmut Schuessler, seorang berbangsa Jerman. Penemuan garam tisu ini terbukti berkesan dan selamat sama ada dalam bentuk pemakanan kesihatan mahupun perubatan.

“Kajian-kajian yang dijalankan oleh Schuessler mendapati bahawa kelicinan fungsi tubuh bergantung kepada adanya zat-zat kimia dalam juzuk-juzuk yang seimbang. Analisis yang dijalankan ke atas darah dan tisu-tisu lain dalam tubuh menunjukkan adanya 12 garam mineral utama yang terdapat di dalam tubuh. Apabila kandungan zat-zat tersebut tidak seimbang ataupun berkurangan, maka fungsi tubuh menjadi terganggu,” tambah Ishak yang turut mempunyai kilang memproses susu di Bukit Raja, Klang.

Menurut Ishak, walaupun kandungan garam tisu ini sebenarnya mengandungi 12 unsur, namun dalam Biomil hanya tiga yang digunakan iaitu, kalsium fosfat, magnesium fosfat dan kalium fosfat, kerana ini yang diperlukan untuk tujuan yang disebutkan di atas.

Antara kebaikan garam tisu Schuessler dalam Biomil ialah ia dapat mempertingkatkan kecergasan dan kecerdasan. Selain itu ia juga mampu mencegah gangguan kesihatan, demam, selesema, batuk dan ruam. Menyihatkan rambut dan kulit, menguatkan tulang dan gigi dan juga membuang bahan toksin dalam badan.

Kebaikan lain ialah membaiki penghadaman, pencernaan dan perkumuhan, mengurangkan ragam tangis dan memudahkan penjagaan. Ia juga memberi kesan kepada kesuburan, pertumbuhan dan pengembangan fizikal, emosi dan mental.

“Walaupun ini produk tempatan, tetapi kami mengambil bahan mentah susu dari negara pengeluar susu utama dunia, New Zealand. Satu lagi keistimewaan Biomil ialah mengandungi Electromagnetic molecular signaling (EMS), kedua-dua nilai tambah ini tidak pernah dimasuk ke dalam susu yang pernah dihasilkan dalam pasaran sebelum ini,” jelasnya.

Menerangkan tentang konsep EMS, ia bersifat gelombang dan ditukar dalam bentuk frekuensi yang telah terbukti melalui beberapa ujian makmal bahawa sel juga bertindakbalas dan berinteraksi apabila menerima semboyan molekular daripada frekuensi yang tidak bersifat fizikal malah lebih daripada bentuk gelombang elektromagnetik. Untuk Biomil, Ishak telah mengekstrak khasiat air zam-zam, ubat cacing, probiotik dan Habbatus Sauda, yang telah ‘disalin’ gelombangnya dan dilalukan kepada susu Biomil. Kajian dan mesin untuk tujuan ini telah dibuat di Perancis.

“Kita mesti mempunyai identiti tersendiri, kalau tidak, orang akan kata, kita beli susu dari New Zealand dan membuat pembungkusan semula, padahal ia tidak begitu,” tambah Ishak.

Biotral Sdn. Bhd. syarikat yang mengeluarkan Biomil berhasrat untuk menjadi peneraju kepada produk susu tepung untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.

“Misi kami adalah untuk membekal produk yang berkualiti tinggi serta menyediakan khidmat langganan yang terbaik. Biotral Sdn. Bhd. juga menjanjikan pengeluaran produk dengan ramuan yang berkualiti tinggi.

Proses pengeluarannya dilakukan melalui amalan kebersihan yang tinggi. Produk ini mendapat pengiktirafan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) serta memenuhi tahap kelayakan sijil Analisis Bahaya dan Titik Pengendalian Kritikal (HACCP) dan ISO 9001:2000,” jelas Ishak yang juga berkelulusan dalam bidang homeopati.

Jenama Biomil sebenarnya sudah berada dalam pasaran sejak dua tahun lalu, namun pada April tahun ini penjenamaan semula dibuat dengan pembiayaan dari Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) yang nampak potensi besar dalam pemasaran susu ini.

“Kita telah mencuba produk ini dalam tempoh dua tahun kepada sekumpulan kanak-kanak, akhlak mereka nampaknya Alhamdulillah,” katanya yang kini sedang memasarkan produknya ke pasar raya di seluruh Malaysia.

Untuk order sila hubungi saya Eda di talian 019-281 6570.Penghantaran lebih dari 2 tin adalah PERCUMA

Salam

Assallamulaikum,

Memperkenalkan Kedai Iman yang baru saja dilancarkan sempena Maal Hijrah 1430. Kami menjual pelbagai produk kesihatan dan kecantikan yang kami telah gunakan sejak dulu lagi. Setelah merasakan kebaikan produk produk ini, kami akan war warkan kepada semua pelanggan tentang kehebatan produk tersebut. Ini adalah tujuan supaya kami senang bercerita tentang keberkesanan produk tersebut.
Produk yang akan kami paparkan adalah produk dari Era Edar, Aura Seri, Madu Khaula dan Kain Lampin. Dan banyak lagi akan saya paparkan di masa akan datang.

Anda boleh menghubungi saya Faridah 019-281 6570 untuk maklumat lanjut tentang produk yang terdapat dalam Kedai Iman ini.