Monday, June 1, 2009

Cloth Daiper (CD)





Tahukah anda buangan lampin pakai buang mengambil masa 500 tahun untuk dilupuskan?

Tahukah anda berapa banyak kos yang telah anda bazirkan dengan mengunakan lampin pakai buang?

Tahukah anda kandungan dalam lampin pakai buang mengandungi Dioxin, ia merupakan bahan peluntur yg digunakan dalam proses pemutihan kertas. Bahan ini boleh menyebabkan kanser, birth defect, kerosakan pada hati, penyakit kulit, dan juga genetic damage?


Memperkenalkan lampin moden kepada ibu ibu yang mengambil berat tentang kesihatan bayi anda,kos dan juga alam sekitar.Lampin kain sangat mudah dipakai dan ia boleh diselaraskan mengikut saiz bayi.




Promosi

Harga CD Velcro

1 set - RM50.00
5 set - RM233.00

Harga CD Snap Button
1 set - RM45.00
5 set - RM200


Ramai dikalangan ibu ibu yang tidak mengetahui apa itu Cloth Daiper atau panggilan ringkas CD. CD ni diperbuat dari PUL (Polyurethane Laminate) dan Microfleece di sebelah dalam. Ia mudah dipakai, mudah dijaga dan 'mesra alam'.

Dan memang terbukti menjimatkan belanja.Maklum saja la, zaman tengah gawat dan kita sebagai isteri atau ibu akan lakukan apa saja untuk menjimat ekonomi keluarga. Tambahan pula jika seorang ibu itu tidak bekerja seperti saya. Banyak yang saya fikirkan bagaimana nak berjimat cermat. Pada saya itulah cara saya untuk menolong suami dalam meningkatkan ekonomi keluarga.


Pada mulanya agak keberatan jugak suami nak beli CD ni sbb harganya boleh la tahan.Tapi bila saya terangkan ianya amat menjimatkan untuk jangka masa yang panjang, dia terus bersetuju. Bayangkan Iman menggunakan pampers jenis Dryper. 1 bag ada 72 keping dan harganya ialah RM34.00. Iman guna 3 bag setiap bulan. Mari kita kira


LAMPIN PAKAI BUANG DRYPERS


RM34.00 (1 bag) x 3 bag = RM102.00 sebulan

RM102.00 x 12 bulan = RM1224 setahun

RM1224 x 3 tahun = RM3672.00


Betapa banyak wang yang telah dibelanjakan untuk lampin pakai buang Saya rasa sudah tiba masa untuk kita memikirkan tentang berjimat cermat dan menjaga alam sekitar.Bukan setakat itu saja tapi kita perlu menjaga kesihatan anak anak kita.

CD begitu mudah untuk digunakan dan sesuai dari bayi hingga umurnya 3 tahun.Penjagaan pun mudah cuma bilas untuk membuang segala kotoran. Kemudian masuk terus dalam mesin basuh. Semudah 1 2 3 saja.

Jangan berlegah, hubungi saya di talian -019-281 6570. Saya cuma buat penghantaran sepanjang perjalanan LRT STAR dan PERCUMA cuma penghantaran diluar KL tambahan RM10.00.












No comments:

Post a Comment